Dah tengok maratib amal? Siapa punya fikrah?
Rancangan masa depan yang panjang tersebut sememangnya nampak mudah. Naik tangga, naik, naik, naik, dan naik sampai ke atas. Atas sekali ustaziyatul alam.
SubahanaAllah, hebatnya fikrah!!
Pembangunan ustaziyatul alam yang bermula dengan individu, keluarga, masyarakat, hingga seterusnya sememangnya bukannya kerja mudah. Tak perlu tengok tangga ke-dua, cukup perhatikan adakah setiap orang dah penuhkan yang tangga pertama [pembinaan individu]?
Apakah yang patut ada dalam dalam diri invidu itu sendiri?
1- 1. Asas fardhu ain?
- Akidah
- Fekah
- Tasawuf
2- 2. Fiqh Jihad?
3- 3. Fiqh Dakwah?
4- 4. Fiqh Usrah?
5- 5. Fiqh Zakat?
Mana satu yang perlu diutamakan?
Waktu sekolah rendah dihantar ke kelas fardhu ain. Dah besar berapa ramai yang masih tak reti-reti mandi wajib? Bila solat berapa ramai yang baca Al-Fatihah dengan betul? Umur dah 20-30 tahun.
Bukan itu sahaja, sifat wajib bagi Allah dan Nabi pun tak tahu. Itulah sebab terjadinya kes-kes menghina kelahiran Nabi, menafsirkan nama-nama Allah dengan sesuka hati dan sebagainya.
Bukannya setakat orang yang tak belajar agama sahaja terjadi, ‘ustaz-ustaz jadian’ yang berleluasa zaman sekarang ini pun tak terlepas dari ‘kes’ ini.
Fikir-fikirkan wahai daie muda.
Bukanlah kita menuntut ilmu a’ini supaya jadi ulamak suatu hari nanti, tetapi sekurang-kurangnya kita lepas apa yang fardhu ke atas kita. Selagi mana kita jahil dengan ilmu dharuri ini, selagi itulah kita berdosa kerana kejahilan. Siapa yang kata? Ulamak!
Bak kata sahabat dari London “ kalau kita tak dak ‘benda’, jadi bagaimana kita nak bagi ‘benda’ tu kat orang?” [benda = ilmu agama]
Janganlah jadi seperti seorang pilot di tanah air kita ini, tidak pernah belajar langsung agama, kemudian membaca buku-buku agama, dan menulis tentang tentang agama, baca buku, tulis buku, baca buku ,tulis buku. Dimana dia belajar?
“kalau nak tunggu perfect, sampai bila pun kita tak perfect”
Bukan persoalan perfect atau tak perfect baru boleh jadi pendakwah, tetapi persoalan sejauh mana pembinaan diri individu itu sendiri? Bukankah individu itu sendiri adalah juzuk asas dalam pembinaan ini(ustaziyatul alam)?
Mana ada imam-imam besar yang mengaku perfect, tetapi yang pasti mereka mempunyai sesuatu yang perfect untuk diberikan kepada anak muridnya dengan ilmu-ilmu yang diakui perfect. [tak faham? J]
-pergilah belajar sementara masih ada waktu-




